Skip to main content
HomeViral

Ahli Parlimen Klang Diarah Keluar Dewan Rakyat

By 18 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ahli Parlimen Klang Charles Santiago diusir dari Dewan Rakyat hari ini kerana mempersoalkan keputusan Speaker Pandikar Amin Mulia menolak satu usul yang dianggap beliau sebagai mengarut.

Santiago (DAP-Klang) sebelum itu bertanya kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kenapa usul untuk membahaskan tentang peletusan wabak denggi yang telah mengorbankan 144 orang setakat ini bagi 2015 ditolak.

“Saya tidak faham kenapa usul saya ditolak.

“Keputusan itu tidak masuk akal,” beliau berkata.

Pandikar yang marah dengan soalan itu segera mengarahkan Santiago menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Santiago, bagaimana pun, enggan duduk dan cuba mempertikaikan perkara itu hingga menyebabkan Pandikar memberi amaran beberapa kali, sebelum mengarahkan bentara mengusir beliau dari Dewan Rakyat.

Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang.

Mereka bagaimana pun, duduk semula apabila Pandikar memberi amaran mereka juga akan diusir jika mempersoalkan tindakannya.

Tinggalkan komen anda