Skip to main content
HomeViral

Empat Suspek Bogel di Gunung Kinabalu Direman

By 10 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 9 Jun (Malaysiaaktif) — Empat suspek daripada sekumpulan pelancong yang berkelakuan biadab berbogel dan kencing di puncak Gunung Kinabalu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan diperintah reman empat hari.

Yang tertuduh dua wanita adik-beradik warga Kanada, seorang warga Belanda dan seorang warga British, kedua-duanya lelaki.

Mereka diperintah reman oleh Majistret Dzul Elmy pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan seterusnya arahan dikeluarkan supaya reman mereka dilanjutkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak sopan.

Dengan tangan bergari dan berpakaian ungu lokap, mereka dibawa keluar mahkamah pada kira-kira pukul 11.10 pagi ke Balai Polis Karamunsing.

Dua orang beradik perempuan warga Kanada dan warga Belanda itu menyerah diri di Balai Polis Karamunsing pada kira-kira pukul 6 petang semalam, sementara lelaki warga British ditangkap di Tawau pada hari yang sama.

Kelakuan tidak senonoh mereka telah menaikkan kemarahan penduduk Sabah, khususnya kerana Gunung Kinabalu dianggap kawasan keramat.

 

20150609205116

 

Tinggalkan komen anda