
KOTA KINABALU, 10 Jun (Malaysiaaktif) — Dua mangsa yang hilang sudah ditemui dan dikenal pasti melalui cebisan-cebisan tangan, kaki, perut yang dikutip dari gunung.
Cap jari diambil dan disahkan masing-masing adalah mangsa korban dari Singapura, iaitu Navdeep Singh Jayral S/O Raj Kumar ,13 tahun dan Mohamad Ghazi Mohammed, 35 Tahun.
Jumlah mangsa yang terkorban 18 orang , termasuk 10 warga Singapura, enam warga malaysia, satu china dan satu Jepun.
Sejumlah 16 mayat sudah dicam dan dituntut keluarga mangsa, manakala dua lagi masih menunggu ahli keluarga untuk datang membuat pengecaman di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu hari ini
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan operasi gempa yang bermula 5 Jun lalu dihentikan hari ini., tetapi operasi gempa akan diaktifkan semula sekiranya ada gegaran susulan.