Skip to main content
Home

Golongan Kurang Bernasib Baik Diraikan Di Permatang Pauh

By 27 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Jamil Zainul

 PERMATANG PAUH, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia, Pulau Pinang bersama Komuniti 1Malaysia Pulau Pinang semalam menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Restoran Puncak Mutiara, Kampung Pelet, di sini.

Majlis yang dihadiri lebih 200 orang jemputan mewakili 87 Komuniti 1Malaysia seluruh Pulau Pinang berserta mereka yang kurang bernasib baik, termasuk anak yatim dan golongan Kurang Upaya (OKU) ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Pada majlis ini sumbangan Hari Raya turut diberikan kepada 10 orang anak-anak yatim dan OKU dari sekitar Penanti.

Turut hadir di majlis ini Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (ICU), Syed Shaari Syed Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sukari Abdul Hamid,  Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Pulau Pinang, Datuk Ahmad bin Darus, serta Pengerusi-Pengerusi K1M Pulau Pinang.

Sumbangan untuk mangsa gempa bumi di Sabah sebanyak RM3,550 berjaya dikumpulkan.

Tinggalkan komen anda