Skip to main content
HomeRencana & PendapatViral

Paderi, Sami, NGO Agama Raikan Ramadan di Masjid

By 26 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Muhamad Rizal

Syukur Malaysia masih aman! Ayat ini dan gambar di bawah sering dimainkan oleh sesetengah dalam masyarakat kita untuk menyindir keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara ini.

 

20150626032237 (7)

 

Setiap kali berlaku bencana atau musibah, maka ayat inilah yang menjadi ungkapan untuk menghina anugerah dan rahmat serba barakah yang Allah SWT limpahkan kepada negara tercinta ini.

Hakikatnya, negara ini memang selamat, aman dan makmur. Di kala negara-negara di dunia bergolak dengan pelbagai permasalahan kaum dan agama, Malaysia terus menerajui perpaduan. Penganut pelbagai kaum dan agama boleh duduk semeja menikmati jamuan dan sama-sama meraikan agama lain.

Bagi meraikan semangat perpaduan ini, semalam berlangsung majlis  ‘Interfaith Religion’ yang dianjurkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau pun lebih dikenali sebagai Masjid Besi.

 

20150626032237 (3)

 

Majlis disertai lebih 60 wakil dari rumah ibadat dan pelbagai NGO agama, termasuk paderi, sami dan lain-lain untuk bersama-sama berbuka puasa.

Majlis bermula dengan ceramah oleh Imam Besar Masjid yang memberikan pencerahan  mengenai tujuan dan maksud berpuasa.

Beliau juga memohon kerjasama penganut agama lain supaya memberikan sokongan melalui penerapan sikap tolak ansur dengan umat Islam yang sedang berpuasa.

Inilah keunikan Malaysia, negara yang permai lagi mendamaikan. Di kala kebanyakan negara tidak mampu menangani masalah walau hanya di sebabkan dua fahaman berbeza, Malaysia dapat berdiri teguh SEHATI SEJIWA bersama pelbagai kaum dan agama. Semua dapat menghuni negara bertuah ini menikmati segala keunikan yang ada.

 

20150626032237 (5)

Tinggalkan komen anda