Skip to main content
GlobalHomeViral

Bola Jaring: Malaysia Belasah Myanmar Di Sukan SEA Ke-28

By 1 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Syed Hisham Shah Al-Shahabudin

SINGAPURA, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Pasukan negara memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan langkah agresif apabila membelasah Myanmar 84-22 dalam aksi pembukaan Bola Jaring sempena kejohanan Sukan Sea ke-28 Singapura di OCBC Arena, semalam.

Kemenangan besar itu nyata melonjakkan semangat pemain negara untuk memburu pingat emas di Singapura, malah mereka sekali lagi dilihat sebagai pilihan untuk mencatat kemenangan kedua apabila berdepan Filipina hari ini pada pukul 3.30petang.

Tuan rumah, Singapura yang dianggap pilihan utama untuk merampas pingat emas daripada Malaysia turut memulakan kempen dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei 72-21.

Filipina pula nyata belum mampu menjadi pesaing utama acara bola jaring peringkat Asia Tenggara apabila dibelasah Thailand 22-62.

Selain Bola Jaring, Kontinjen Malaysia juga turut beraksi hari ini dalam acara pembukaan ping-pong regu wanita di Stadium Tertutup Singapura.

Malaysia yang dibarisi atlet Ng Sock Khim / Tang Angeline An Qi akan berdepan atlet Myanmar San Khim Kaung / Pyone Aye Thida dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 1.40 tengahari ini.

Satu lagi perlawanan ping-pong regu wanita suku akhir turut dijadualkan berlangsung hari ini pada pukul 3 petang nanti.

Sementara itu,  perlawanan bola sepak aksi pembukaan Kumpulan B dijadualkan berlangsung esok antara acara yang dinanti ramai .

Setelah menewaskan Timor Leste 1-0 semalam, Malaysia dijadualkan bertemu Vietnam di Stadium Bishan, Singapura, sementara Myanmar pula dijadualkan bertemu Indonesia di Stadium Jalan Besar dalam aksi Kumpulan A.

Malaysia kini menduduki tangga ketiga kumpulan selepas dua pesaing mereka, Thailand dan Vietnam mencatat kemenangan besar dalam aksi pembukaan masing-masing.

Pasukan negara kini tiada pilihan, kecuali menewaskan Vietnam dan Thailand sekiranya berhasrat untuk menempah tiket ke separuh akhir selaku dua pasukan teratas Kumpulan B.

Untuk keputusan serta jadual perlawanan terkini, sila layari www.seagames2015.com .

Tinggalkan komen anda