
PUTRAJAYA, June 12 (Malaysiaktif) — Penerbangan Malaysia (MAS) MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne sejurus selepas berlepas hari in.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan MAS, pemeriksaan mendapati tiada bukti berlaku kebakaran luaran, dan pemeriksaan lanjut sedang dilakukan.
“Pesawat Airbus 330 itu sedang diperiksa oleh jurutera kami dan kakitangan. Keselamatan amat penting bagi kami dan maklumat lanjut akan disiarkan apabila ada,” kata MAS.
“Kesemua 300 penumpang penerbangan MH148 itu di minta turun,” Tambah kenyataan itu.
MAS, melalui akaun Twitternya berkata Penerbangan MH148 melakukan pusingan balik dan mendarat tanpa apa-apa masalah dan pesawat tersebut terus diperiksa.
Menurut akhbar The Guardian, pesawat Airbus 330 itu membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tullamarine Melbourne setelah mengalami kerosakan enjin.
Seorang jurucakap Airservices Australia berkata, sesuatu berlaku semasa enjin dipacu penuh.
Beliau berkata, dalam keadaan sedemikian, juruterbang akan membawa pesawat ke laut untuk membuang minyak.
Pesawat MH148 dijadualkan bertolak dari Melbourne pada pukul 2.30 dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 8.40 malam.
Lapangan Terbang Melbourne mengesahkan Ā pesawat itu telah mendarat dengan selamat.