
Oleh Azimmee Abdullah
BAYAN LEPAS, 13 Jun ( Malaysiaaktif) — Program Kayuhan Untuk Kesihatan berlangsung hari ini di SMK Teluk Kumbar.
Program bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan sekali gus menjalinkan perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat.
Seramai 90 peserta daripada masyarakat setempat menjayakan program yang merangkumi 9.5km kawasan sekitar Teluk Kumbar.
Program yang bermula pukul 8 pagi ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau.
Turut hadir, ADUN Bayan Lepas Haji Nordin Ahmad.