Skip to main content
HomeViral

Penjaga Resort Di Melaka Maut Diserang Harimau Jagaan

By 3 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

ALOR GAJAH, MELAKA  3Jun — Seorang penjaga haiwan warga Indonesia maut akibat diserang seekor harimau di sebuah resort di Alor Gajah, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, harimau yang dijaga lelaki itu sejak kira-kira 8 tahun, tiba-tiba menyerang, ketika mangsa masuk ke kandang untuk memberi makanan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, mangsa yang berumur 34 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan Negeri Melaka, Noorzakiahanum Mohd Noh berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Tinggalkan komen anda