Skip to main content
HomeViral

Pemimpin Beracun Dalam PAS Perlu Dihapuskan

By 3 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Malaysiaaktif) – PAS lemah sebab angkara pemimpin ‘beracun’ yang didakwa berkomplot dengan rakan politik lain dalam cubaan mereka untuk menyekat pelaksanaan Hudud.

Tanpa menyebut mana-mana individu, pemangku ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz Mohamed berkata pemimpin-pemimpin beracun ini perlu dihapuskan dengan menggunakan penawar dalam bentuk peringatan dan nasihat.

Beliau berkata, “Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat sesetengah ahli dan pemimpin bersekongkol dengan rakan politik bukan Islam untuk menghalang anjakan usaha Hudud kita.”

Mahfodz memberitahu demikian kepada perwakilan dalam ucaptama beliau pada Muktamar Dewan Ulama hari ini.

Menurut beliau, para pemimpin ini menggunakan istilah agama bagi meracuni dan menipu orang ramai untuk memberikan gambaran salah mengenai undang-undang Islam.

 

 

Tinggalkan komen anda