Skip to main content
HomeViral

Ramadan Hampir, Mangsa Banjir Masih Huni Khemah (VIDEO)

By 8 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

GUA MUSANG,  KELANTAN 8 Jun (Malaysiaaktif) — Keadaan mangsa banjir tahun lalu di Gua Musang amat menyedihkan, memandangkan Ramadan hampir menjenguk namun mereka masih menghuni khemah- khemah setelah rumah mereka musnah.

Lebih 50 orang sudah ditawarkan penempatan sementara di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), tetapi mereka menolak atas alasan ia jauh daripada kemudahan awam.

Mereka berkata biar mereka menyambut puasa di khemah ini dan mohon pihak berkuasa tidak memotong bekalan air dan elektrik, kerana mereka tidak mampu membina semula rumah masing-masing.

Tinggalkan komen anda