Skip to main content
HomeViral

Tony Fernandes Kecewa Ahli Politik Gagal Utamakan Rakyat

By 13 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 13 Jun — Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan rasa kecewa terhadap ahli politik yang gagal meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka.

Dalam beberapa siri twitnya, beliau mempersoalkan jika terdapat sebuah parti politik di Malaysia yang akan meletakkan kepentingan rakyat melebihi cita-cita mereka sendiri.

“Ini adalah keadaan yang amat pelik di Malaysia. Tidak ada akauntabiliti. Tiada siapa yang mendahulukan rakyat. Ia adalah tempoh yang mengecewakan.

“Kerajaan dan pembangkang menghabiskan banyak masa terhadap bangsa dan agama. Adakah terdapat sebuah parti di Malaysia yang betul-betul mendahulukan rakyat.

“Pendidikan yang baik, hospital yang baik, pengagihan kekayaan yang adil, ekonomi yang mencipta banyak peluang pekerjaan, kerajaan bersih dan jujur. Kepimpinan yang telus,” kata beliau dalam laman Twitternya.

Beliau turut menceritakan kejayaan syarikat penerbangannya dengan berkata: “Dimana semua rakyat Malaysia menghormati budaya dan agama antara satu sama lain tetapi bekerjasama untuk manfaat semua. Jika anda memerlukan contoh, lihatlah AirAsia.

–The Star

Tinggalkan komen anda