Skip to main content
HomeViral

Emas Dalam Gimnas, Tapi Farah Dikecam Teruk

By 13 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Persembahan bertaraf dunia gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi disanjung, dipuji dan juga dikecam rakyat Malaysia sendiri.

Itulah mesej berita yang sedang berlegar di media sosial dan juga akhbar-akhbar dunia.

Kontroversi tercetus selepas Farah, 21, yang berpakaian ‘leotard’ untuk acara senaman lantai pada Temasya Sukan SEA di Singapura Rabu lalu dengan mudah meraih pingat emas untuk negara.

Selain itu, Farah juga membantu negara memperoleh pingat emas dalam acara berpasukan, satu pingat perak dan dua gangsa dalam acara awal.

 

annfare

Rata-rata majoriti peminat acara ini sama ada di Malaysia atau antarabangsa memberikan penghargaan tinggi di atas pencapaiannya.

Namun demikian, timbul pula kecaman dan kritikan berhubung pakaian Farah yang dianggap sesetengah pihak sebagai tidak melambangkan penampilan seorang wanita Islam.

Berikutan kontroversi yang semakin hangat di media sosial, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut masuk ke gelanggang untuk menyuarakan pendapatnya.

Khairy berkata, ‘Biar Allah yang menghakimi, bukan kita.’

Menulis dalam laman Twitternya pada Sabtu, Khairy berkata, “Bagi perbuatannya hanya Allah yang menghakiminya. Bukan anda. Jangan ganggu atlet kita.’

 

 

Tinggalkan komen anda