Skip to main content
HomeViral

Usaha Bantu Pendaki Gunung Kinabalu Yang Terkandas

By 5 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

RANAU, 6 Jun — Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata ketika ini seramai 160 orang pendaki dan malim gunung terkandas di puncak Gunung Kinabalu.

Beliau berkata empat daripada mereka mengalami kecederaan, sementara dua orang pengendali pendakian syarikat Via Feratta masih hilang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha menyelamat mangsa menggunakan helikopter buat masa sini mengalami kesukaran kerana awal tebal meliputi kawasan pergunungan itu.

Bagaimana pun, usaha juga dilakukan untuk menghantar bekalan makanan dan pakaian tebal kepada mangsa melalui penghantaran pejalan kaki.

Masidi juga berkata pasukan SMART dari Kuala Lumpur akan membantu gerakan menyelamat, sementara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menhantar bantuan helikopter.

Beliau turut mengesahkan satu daripada puncak kinabalu dikenali ‘Donkey’s Ears’ telah patah dalam kejadian gempa bumi itu.

— LAGI MENYUSUL

 

Tinggalkan komen anda