Skip to main content
HomeViral

Gempa Bumi: Musa Nasihat Orang Ramai Sentiasa Berjaga

By 5 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 5 Jun (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menasihati orang ramai di Sabah supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada berikutan gempa bumi 6.0 skala Richter di negeri itu pagi tadi.

Beliau berkata dalam satu kenyataan sebentar tadi, “Walaupun saya berada di Shanghai (China), saya masih berusaha memantau keadaan…saya tahu ramai daripada anda amat bimbang kerana Sabah tidak pernah mengalami kejadian seperti ini.”

Musa berkata pihak berwajib sedang memantau keadaan bumi, terutama di Ranau, di mana pusat gempa bumi itu dikesan.

Sementara itu, Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri telah digerakkan untuk membantu mereka yang terkandas di Gunung Kinabalu.

Musa juga meminta orang ramai jangan menyebarkan khabar angin dan pembohongan kononnya akan berlaku lagi gempa bumi di masa akan datang, kerana belum diterima apa-apa laporan rasmi mengenai perkara itu.

Bagaimana pun, Musa menyeru supaya semua pihak berwaspada sentiasa kerana penyebaran berita palsu dan khabar angin hanya mencetuskan panik di kalangan penduduk.

Musa berkata hari ini (Jumaat) diisytiharkan sebagai hari cuti bencana bagi kakitangan negeri dan persekutuan di kawasan Ranau.

Tinggalkan komen anda