Skip to main content
HomeViral

25 Terkorban Pada Hari Pertama Ops Hari Raya Aidilfitri 2015

By 12 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Muhammad Fauzi bin Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 11Julai (Malaysiaaktif) – Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), purata 19 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya setiap hari.

Demikian menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri  Liow Tiong Lai ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 di Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan kelmarin.

“Pastikan tali pinggang keledar bukan sahaja dipakai oleh pemandu dan penumpang hadapan, malah mereka yang duduk di belakang juga,” katanya.

Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2015 dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam sehingga 25 Julai.

Seramai 1800 anggota JPJ akan ditempatkan di lokasi statik bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan. 1000 orang ahli Skuad Muda 1JPJ pula akan menjalankan aktiviti advokasi dan khidmat nasihat tentang aspek keselamatan jalan raya.

Pengangkutan awam pula akan dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

JPJ dan PDRM turut menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan barangan pada 15 dan 16 Julai 2015 serta 24 dan 25 Julai 2015 bagi mengelakkan risiko kemalangan selain mengelakkan kesesakan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) mewartakan penurunan had laju sebanyak 10km/jam menjadikan 80km/jam bagi Jalan Persekutuan dan 70km/jam bagi Jalan Negeri bermula semalam sehingga 25 Julai 2015.

Menurut ACP Mohamad Akhir bin Darus, Timbalan Ketua Trafik Pasukan PDRM, setakat semalam sebanyak 20 kes kemalangan dicatatkan dengan 25 angka korban.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan daripada 19 kes kemalangan dengan 20 kematian pada hari pertama penurunan Ops HRA 2015 dilancarkan.

Sementara itu, sebanyak 8643 saman telah dikeluarkan semalam oleh sebab kesalahan memandu laju dan memandu di lorong kecemasan.

Dengan tema, “Nyawa Dihargai, Selamat ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai” kempen ini mengingatkan pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya.

 

Tinggalkan komen anda