Skip to main content
EkonomiHome

BAHTERA 2015, Usaha Murni Bantu Usahawan Bumiputera

By 9 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Muhammad Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Malaysiaaktif) – “Saya nak berniaga tetapi tidak tahu nak menjual apa. Saya mahu menggunakan teknologi untuk melonjakkan perniagaan saya, tetapi saya tidak faham teknologi”.

Itu antara keluhan peniaga yang memberikan ilham kepada tercetusnya projek BAHTERA 2015, (Bumipreneurs of Tomorrow) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia  Kuala Lumpur Convention Centre pada 19 dan 20 Ogos 2015 nanti.

Menurut Pengerusi BAHTERA 2015, Ashran Dato Ghazi program ini dilaksanakan bagi memastikan usahawan Bumiputera bersedia menghadapi cabaran dunia keusahawanan pada masa akan datang.

BAHTERA juga memberi pencerahan tentang pelan perniagaan baharu dengan penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan peniaga Bumiputera.

Beliau berucap di Majlis Pra Pelancaran BAHTERA 2015 (Bumipreneurs of Tomorrow) di Kuala Lumpur Convention Centre petang tadi.

Program dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Menurut Irwan, BAHTERA akan menjadi peneraju program Corporate Entrepreneurship Responsibilty (CER).

Beliau berkata, program ini bakal menjadi  rangka kerja yang diharap dapat memantapkan lagi penglibatan swasta dalam pembangunan ekosistem keusahawanan. terutama kalangan Bumiputera.

 

Tinggalkan komen anda