Skip to main content
HomeViral

Pua: PM Perlu Letak Jawatan Jika Gagal Arah 1MDB Bekerjasama

By 9 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Munzir Madhadzir

KUALA LUMPUR, 9 Julai  (Malaysiaaktif) – Ahli Jawatankuasa Kira-Kira wang negara (PAC) yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan sekiranya masih gagal mengarahkan Kementerian Kewangan mendesak 1MDB memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Audit Negara dalam menyiapkan laporan audit terhadap syarikat milik penuh kementerian kewangan itu.

Hari ini pengerusi PACDatuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan 1MDB masih belum memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan Jabatan Audit Negara. Antara dokumen yang diminta termasuk penyata bank dan butir-butir perjanjian.

Menurut Pua, dokumen-dokumen tersebut sangat penting bagi Jabatan Audit melengkapkan laporan audit yang sudah berjalan selama tiga bulan itu. Tanpa dokumen

“Jika tidak ada apa yang ingin disembunyikan, PAC memohon agar 1MDB memberikan 100 peratus komitmen dalam membantu proses audit ini, Perdana Menteri adalah individu yang mengarahkan audit ini dijalankan,” katanya di parlimen petang tadi.

Tinggalkan komen anda