Skip to main content
HomeViral

Beberapa Jabatan DBKL Disatukan, Elak Tugas Bertindan

By 27 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Malaysiaaktif) – Datuk Bandar Kuala Lumpur,  Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mengambil inisiatif untuk menyusun semula pengurusan tertinggi DBKL.

Beliau berkata jabatan-jabatan yang digabungkan adalah untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan pantas, cekap dan tepat.

“ Kita tidak menambahkan kakitangan, tak boleh, kita tak boleh tambah, kita susun semula. Sesetengah Jabatan kita gabungkan kerana kadang-kadang bertindan.”

“Kita lebih tumpukan kepada tugasan dan tanggungjawab, umpamanya Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Kerja Awam yang disatukan. Kita juga akan tumpukan kepada tugas-tugas kejuruteraan awam ini.”

Beliau menekankan bahawa penambahan tanggungjawab tersebut akan memudahkan mereka mendapat akses maklumat untuk menjalankan tugas.

“Kita sudah mengurangkan lapisan tugas. Kita ada Datuk Bandar, KP, TKP dan banyak lagi lapisan yang membabitkan birokrasi. Kita potonglah, jadikan KP dan Datuk Bandar satu, KP buat kerja Datuk Bandar, Datuk Bandar buat kerja KP.

“Pengarah-pengarah eksekutif akan mengambil tugas TKP, ini lebih mudah kerana mereka mendapat ‘direct access’ untuk menjalankan tugas” katanya pada sidang media di DBKL pagi tadi.

Beliau berkata dengan penyelarasan baharu ini  segala program yang dijalankan DBKL akan lebih bersepadu di bawah tema “ Sedia Menyumbang Bandaraya Cemerlang,” selain  mendapat sokongan penuh pengurusan tertinggi dan penduduk Kuala Lumpur.

 

Tinggalkan komen anda