Skip to main content
EkonomiHomeViral

Reezal Merican: Muhyiddin Hanya Kongsi Kekhuatiran Politik

By 27 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Berikut teks penuh kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Ā Terima Pandangan TSMY Dengan Jiwa Besar ā€“ Pemimpin No.2 Sekadar Berkongsi Kekhuatiran Politik

  1. Sebagai pemimpin no.2 di dalam parti dan kerajaan, sudah pastilah Tan Sri Muhyiddin mempunyai pandangan dan kekhuatiran sendiri mengenai apa yang sedang berlaku mutakhir ini. Pandangan ini, sama sekali tidak wajar diangkat sebagai ā€˜asas dan percikanā€™ bahawa berlakunya pertembungan pemikiran di antara pemimpin no.1 dan no.2.
  1. Saya benar-benar mengharapkan, agar kita tidak terlalu cepat mengangkat ā€˜teguran dan pandanganā€™ TS Muhyiddin ini sebagai mesej untuk berlakunya masalah dalaman di peringkat parti. Saya juga mengharapkan agar kita dapat menyantuni teguran TS Muhyiddin ini dengan komitmen dan tekad baru untuk memperteguh semula kepercayaan rakyat.
  1. Saya ingin menzahirkan rasa kesal kerana ada portal dan platform media baru yang sudah memberikan label dan gelaran kurang sesuai kepada pandangan TS Muhyiddin ini. Pada saya, ini tidak wajar berlaku.
  1. Jangan kita terlalu cepat menggelar pemimpin kita itu dan ini. Biarkan pandangan dan teguran kekal sebagai nasihat demi survival dan kelangsungan parti. Tidak ada alasan dan sebab untuk kita bersikap kurang adab dalam mendepani pandangan seorang pemimpin utama di dalam parti.

 

Jadikan Laporan Interim 1MDB Dokumen Terbuka

 

  1. Pokok pangkal kepada semua yang berlaku ini adalah persepsi buruk rakyat kerana kurangnya informasi dan perincian yang tepat mengenai isu 1MDB. Pada saya, ianya sedang ditangani dengan baik dan telus oleh kerajaan. Siasatan sedang berlaku, malahan beberapa individu telahpun ditahan untuk membantu siasatan.
  1. Mungkin, apa yang dicadangkan oleh TS Muhyiddin itu boleh dijadikan sebagai asas awal untuk menyelesaikan isu kekurangan maklumat ini. Saya bersetuju benar, jika laporan interim berkaitan isu 1MDB itu dibuka untuk nilaian dan pandangan rakyat. Kita tidak boleh ada jurang masa yang terlalu lama dalam mengisi pengharapan dan keinginan rakyat. Mereka mahukan informasi, dan ianya wajar diberikan melalui laporan interim tersebut.
  1. Sementara itu, siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas (Special Task Force) dan pihak lain wajar diteruskan tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Laporan interim tidak bersifat konklusif ā€“ maka dengan itu ianya masih terbuka untuk dianalisa dengan sekomprehensif mungkin apabila siasatan lain sudah lengkap nanti.
  1. Keberanian kerajaan untuk membuka dapatan kajian ini pastinya memberikan dimensi dan perspektif baru kepada isu ini. Sudah barang tentu, sukar untuk mana-mana pihak untuk melakukan ā€˜spinā€™ kepada sebuah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan. Yang penting, kita dapat menenangkan sedikit kekhuatiran yang sedang bermain di dalam minda rakyat.

 

Reezal Merican b Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda