Skip to main content
HomeViral

Datuk Bandar Kuala Lumpur Baru Diperkenalkan Secara Rasmi

By 27 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Malaysiaaktif) – Bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz diperkenalkan secara rasmi sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru hari ini.

Beliau memulakan tugas pada 20 Julai lepas dan pelantikan berkuat kuasa selama dua tahun.

“Sebenarnya saya telah pun bertugas pada 20 Julai, walaupun sepatutnya 18 Julai, tetapi disebabkan cuti hari raya, saya hanya memulakan tugas pada Isnin, dan hari ini hanya sebagai ‘formality.’

 

DBKL2

 

Dalam pada itu, beliau turut menekankan cabaran yang dihadapi DBKL dalam merealisasikan impian Kuala Lumpur sebagai bandar raya maju.

“Cabaran mentadbir Kuala Lumpur dengan sejuta orang penduduk berserta pelbagai isu dan masalah perlu ditangani DBKL. Namun demikian segala pencapaian dan kejayaan yang telah kita kecapi menjadi pemangkin kepada usaha selanjutnya mengikut jangka masa yang ditetapkan,” beliau berkata.

“Usaha-usaha di bawah Datuk Bandar yang lalu, Tan Sri Haji Ahmad Phesal Talib, akan diteruskan mengikut program membersihkan Kuala Lumpur, termasuk memperbaiki cerun-cerun.”

Beliau menggantikan Tan Sri Haji Ahmad Phesal Talib yang tamat tempoh kontraknya pada 17 Julai 2015.

Pelantikan bekas Ketua Pengarah tersebut sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-11 mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi, Datuk Normah Malik dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Datuk Hj Mohd Najib Hj Mohd.

 

 

Tinggalkan komen anda