
KULIM, 24 Julai (Malaysiaaktif) – Dengan tujuan untuk merapatkan hubungan pemimpin dan masyarakat India, khususnya, Persatuan Perpaduan Masyarakat India Kulim / Bandar Baharu pada Jumaat lepas menganjurkan Malam Kebudayaan bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel, yang juga Presiden MIC.
Majlis yang bermula pada pukul 8.00 malam itu berlangsung di Dewan Hindu Sabha Kulim dan dihadiri lebih 200 orang.
Turut hadir , Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kulim, Chua Tiong Ghee dan wakil Ahli Parlimen Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Program turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat India.