Skip to main content
GlobalViral

Fenomena Unik “Blue Moon” Muncul Esok

By 30 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Malaysiaaktif) – Fenomena” blue moon” akan dapat dilihat esok malam apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada dalam posisi yang sama.

Menurut kenyataan dari laman Facebook rasmi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), kejadian tersebut berlaku apabila terjadinya Bulan Penuh lebih dari sekali pada bulan yang sama.

“Kebarangkalian untuk terjadinya Blue Moon ini bila Bulan Penuh pertama berlaku pada awal bulan dan keduanya pada akhir bulan.”

“Kebiasaannya Bulan Penuh terjadi pada setiap pusingan 29.5 hari setiap bulan. Bagaimanapun, sebenarnya bulan tidak kelihatan berwarna biru seperti dalam gambar”

Fenomena Bulan Biru yang akan berlaku esok merupakan bulan kedua atau ketiga dari siklus empat purnama yang ada

Sebelum ini, fenomena yang sama berlaku pada 1 dan 2 Julai dan dijangka tidak akan muncul lagi sehingga awal 2018.

Tinggalkan komen anda