Skip to main content
HomeViral

Festival Daging Raya Kedah 2015 Dapat Sambutan Meriah

By 16 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

ALOR SETAR, 15 Julai (Malaysiaaktif)– Festival Daging Raya Negeri Kedah 2015 mendapat sambutan hebat apabila orang ramai berpusu-pusu membanjiri kawasan Stadium Darul Aman seawal pukul 6 pagi kelmarin.

Festival Daging Raya merupakan usaha Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah (KLPK) untuk membantu mengurangkan beban rakyat menyambut raya.

Program yang bermula pada pukul 9 pagi itu menawarkan daging lembu dengan harga yang jauh lebih murah.

Pada hari pertama program, 35 ekor lembu disembelih untuk membekalkan daging kepad pembeli. Kesemua daging habis dijual.

Festival dari 15 hingga 17 Julai  dari pukul 8 hingga 5 petang ini membabitkan sembilan lokasi lain di seluruh Kedah.

Tinggalkan komen anda