Skip to main content
GlobalHomeViral

Rupa Sebenar Planet Pluto Berjaya Dilihat Lebih Terperinci

By 16 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2015 (MalaysiaAktif) – Buat pertama kalinya, imej sebenar Planet Pluto, planet ke-9 dari Matahari dapat dilihat dengan lebih terperinci.

Pada 19 Januari 2006, NASA telah melancarkan pesawat “NewHorizons” untuk merentasi sistem suria.

Setelah sembilan tahun dan merempuhi lebih 4.8 billion km, ‘New Horizons’ berjaya berada pada jarak paling terdekat dengan planet Pluto pada pukul 7.50 malam semalam, iaitu 12,500 km dari permukaan planet.

Maklumat daripada ‘New Horizons’ itu telah berjaya diterima pada pukul 9.02 pagi tadi dan imej sebenar planet Pluto boleh dilihat menerusi video “Seeing Pluto in a New Light” di linkhttps://www.youtube.com/watch?v=0jTdaOhG9wE

Menurut pegawai Sains di Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor,  usaha ini penting kerana ia bertujuan untuk menerokai rupa sebenar planet Pluto yang pernah dikesan oleh Clyde Tombaugh pada 1930.

Tambahnya, projek yang menelan belanja sebanyak 3 billion ringgit ini juga bagi membuka ruang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem solar, penemuan-penemuan baharu dan laluan orbit sesebuah planet.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasi Negara, Ng Su Wai pula  menjelaskan, antara komplikasi misi tersebut termasuk jarak jauh, di mana maklumat yang dihantar oleh ‘New Horizons’ hanya akan dapat diterima setelah 4 jam setengah, satu hala. Kelajuan penghantaran adalah sebanyak 2 kilobit setiap saat. Oleh itu, persediaan awal dan teknologi tepat diberi keutamaan untuk menjayakan misi.

Mereka berkata demikian pagi tadi sempena Program Live Streaming #PlutoFlyBy ajuran Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tinggalkan komen anda