Skip to main content
Home

Lebih 1000 Pelajar Hadir Di Karnival Tamil Vizla 2015

By 4 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh A.Prabagaran

KLANG, 4 Julai (Malaysiaaktif) — Lebih 1000 pelajar sekolah dan ibu bapa menghadiri Karnival Tamil Vizla 2015 anjuran Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Pelabuhan Klang pagi tadi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, Klang.

Presiden HYO Pelabuhan Klang, Arulmani Anamalay selaku Pengerusi Jawatankuasa  Sambutan Tamil Vizla ke-31 ini berkata antara aktiviti  yang diadakan termasuk pertandingan perbahasaan, pertandingan menulis karangan, dan pertandingan syarahan. Antara sekolah yang mengambil bahagian, SJK Tamil Simpang Lima, SJK Tamil Watson, SJK Tamil Highland dan SJK Tamil Batu 4 Klang.

 

20150704002941

 

Tujuan utama karnival ini bagi mencungkil bakat di kalangan pelajar rendah dan menjadikan mereka cemerlang melalui pemupukan bakat dalam diri.

Arulmani berkata karnival ini berlangsung selama sebulan dengan dipenuhi pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur, seperti pertandingan futsal, badminton dan boling.

Majlis pelancaran karnival diadakan pada 20 Jun 2016 lalu di Dewan Hamzah, Klang dan majlis penutup akan diadakan pada 8 Ogos 2015 di Dewan Hamzah Klang.

Program ini mendapat kerjasama dari Pejabat Pelajaran Daerah Klang.

 

20150704002939 (1)

Tinggalkan komen anda