Skip to main content
HomeViral

Malaysia Cadang Tubuh Tabung Khas ASEAN Untuk Pelarian

By 3 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Pradeep Kumar

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Malaysiaaktif) ā€“ Baru-baru ini kecoh timbul isu pendatang Rohingya angkara sindiket pemerdagangan manusia, yang mencetuskan pelbagai spekulasi dan tohmahan.

Berdasarkan keprihatinan sesama, insan, Malaysia dalam ketegasan untuk tidak menggalakkan lebih ramai pelarian fokus ke Malaysia, terima juga mereka buat sementara dengan menyediakan penempatan, seperti di Belantik, Sik, Kedah.

Dalam pada itu, walaupun dikecam banyak pihak, Malaysia juga menggesa negara-negara lain di rantau ini melakukan sesuatu untuk menangani masalah tersebut.

Sehubungan itu, hari ini Malaysia mencadangkan penubuhan sebuah tabung khas sumbangan AS$100,000 daripada setiap negara anggota ASEAN bagi membiayai pelarian.

Cadangan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain cadangan tersebut, Zahid yang menghadiri Mesyuarat Tergempar Menteri-Menteri ASEAN bagi Jenayah Merentasi Sempadan Ke-10 (AMMTC) semalam, turut menyatakan pendirian dalam menangani masalah berkenaan melalui kerjasama erat antara negara-negara ASEAN.

Dana yang dicadangkan itu bertujuan menyediakan tempat perlindungan dan penyediaan pelbagai lagi bantuan kemanusiaanĀ  kepada mangsa jenayah pemerdaganganĀ  di sempadan negara-negara ASEAN.

AMMTC dihadiri semua Menteri dlam negeri/ keselamatan ASEAN, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Pertubuhan Migrasi Antrabangsa (IOM) dan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

 

Tinggalkan komen anda