Skip to main content
Viral

Mualaf Tidak Makan Babi Dinafikan Kerja Di Singapura

By 1 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 1 Julai – “Anda Tidak Makan Daging Babi, kan?” Itu soalan yang diajukan kepada seorang mualaf Cina Singapura apabila cuba memohon pekerjaan di sebuah syarikat di Singapura baru-baru ini.

Menurut wanita mualaf itu yang dikenali sebagai Heng, pada mulanya dia disangkakan bukan Cina kerana melihatnya memakai tudung.

Kemudian dia diberitahu pemakanan Halal akan menyusahkan pekerja lain, terutama apabila menghadiri majlis-majlis syarikat.

Heng ketika itu sedang berinteraksi mengenai kekosongan jawatan melalui Whatsapp menggunakan telefon apabila dia diajukan soalan-soalan yang membabitkan bangsa, agama dan pemakanan. Yang mengajukan soalan-soalan tersebut seorang staf sumber manusia syarikat yang tidak dinamakan.

Gambar perbualan Whatsapp itu dimuat naik ke Facebook pada Selasa dan sejak dari itu dikongsi lebih daripada 1,000 kali dengan kira-kira 100 komen diperturunkan.

grab

 

Heng kecewa dengan cara temu duga dalam talian oleh staf berkenaan yang bersifat rasis.

“Kerja adalah kerja dan makanan adalah makanan. Saya boleh makan makanan halal, (anda) boleh makan yang tidak halal. Saya hanya mahu jawatan dalam pentadbiran dan akhirnya diberikan komen rasis…apakah kerja pentadbiran pun kena hadir majlis setiap bulan?,” katanya.

Berikutan kejadian itu, kebanyakan yang memberi komen memberikan sokongan kepada Heng dan mengutuk syarikat tersebut.

Yahoo! Singapura yang mula melaporkan kejadian ini hari ini telah menghubungi Kementerian Sumber Manusia Singapura untuk ulasan.

 

Tinggalkan komen anda