Skip to main content
HomeViral

Muat Naik Gambar Anak Di Laman Sosial Undang Bahaya – Pakar

By 2 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Perbuatan ibu bapa yang suka memuat naik gambar anak mereka di laman sosial boleh mengundang bahaya, kata seorang pakar psikologi.

Dr Meriam Omar Din berkata ibu bapa harus menyedari jenayah siber yang mungkin berlaku ekoran tindakan mereka itu.

“Mereka perlu tahu risiko atau kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan selebriti yang gemar memuat naik gambar anak mereka di laman sosial, tetapi dieksploitasi pula pihak lain.

Dr Meriam menarik perhatian bahawa pedofilia atau tarikan untuk mengeksploitasi seksual kanak-kanak semakin berleluasa di Internet.

“Golongan tidak bertanggungjawab ini sukar dikesan. Kumpulan ini sudah lama wujud dengan kegiatan mereka sukar dikesan walaupun anggota keluarga mereka sendiri,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda