
Oleh A.Prabakaran
SHAH ALAM, 1 Julai (Malaysiaaktif) – Seramai 200 penduduk mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Batu 12 Puchong pada 6 Jun lalu diminta keluar daripada penempatan sementara di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ).
Pagi tadi mereka berkumpul untuk memprotes tindakan itu di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, selain menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
Mereka memohon kerajaan negeri membantu mendapatkan rumah bagi menggantikan rumah-rumah mereka yang musnah dalam kebakaran itu.
Pada 26 Jun baru-baru ini mereka diminta keluar daripada Dewan MBSJ itu.
Mereka mendakwa Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berjanji kepada Pemuda MIC untuk membantu mangsa kebakaran melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Menurut mereka hingga sekarang masih tiada apa-apa tindakan daripada beliau.
Mereka memohon kerajaan negeri supaya membantu mendirikan rumah untuk mereka di kawasan asal.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, Arvind Krishnan menyampaikan bantuan wang sebanyak RM3,000 dan memberi jaminan Pemuda MIC akan membantu mangsa kebakaran melalui jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Antara yang hadir pada protes pagi tadi, termasuk Pengerusi Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk Chandrakumanan.