
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Malaysiaaktif) – Tan Sri Muhyiddin berpendapat semua ahli Majlis Tertinggi UMNO masih berfikiran rasional dan tidak akan bertindak menggugurkannya daripada parti.
Beliau nekad akan terus menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun tidak lagi menjadi pemimpin nombor dua dalam kerajaan.
“Saya tidak terfikir kedudukan saya tergugat kerana saya bukan baru, saya sudah lama dalam parti walaupun saya tidak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, itu tugas dalam kerajaan tapi tugas parti saya tidak abaikan”
“Ahli-ahli yang duduk dalam majlis tertinggi adalah orang-orang yang sudah lama, berpengalaman dan yang tahu tanggungjawab dan saya tahu mereka akan bersikap adil dan rasional dalam memberikan ruang kepada sesiapa untuk memberikan pandangan dan pendapat” katanya dalam sidang media khas di kediamannya pagi tadi.