Skip to main content
HomeViral

Muhyiddin: Jangan Ketepikan Pendapat Tun Mahathir

By 29 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Malaysiaaktif) – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pihak terbabit supaya tidak mengetepikan pendapat tokoh lama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berpendapat Tun masih mempunyai minda yang cergas untuk memberikan cadangan bernas dalam membangunkan negara.

“Pandangan tokoh lama kita, seperti bekas Perdana Menteri tidak boleh kita ketepikan kerana beliau mempunyai pandangan dan beliau masih lagi cergas untuk memberikan sumbangan.”

“Kita harus melihat yang mana sesuai untuk membantu kerajaan dan parti. Kita harus bersikap lebih terbuka, jangan kita memandang serong pandangan sesiapa pun, asalkan niat dan perjuangan mereka untuk kebaikan negara”

Beliau turut menekankan bahawa kepentingan umum lebih penting daripada kepentingan peribadi.

“Soal sama ada saya satu platform dengan Dr Mahathir tidak penting kerana bukan sahaja Tun Mahathir, rakyat juga mahu kita membuat perkara-perkara  yang difikirkan perlu untuk negara”

“Malaysia adalah negara yang dicintai, usaha-usaha perlu dilakukan untuk menjadi negara kita lebih maju, banyak perkara kita perlu laksanakan”

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini

 

 

Tinggalkan komen anda