
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Malaysiaaktif) ā Tiga Sistem Aplikasi baru iaitu myPAY, e- Perolehan, dan KL Cares DBKL dilancarkan DBKL untuk menggalakkan rakyat menggunakan kaedah āonlineā bagi memudahkan proses aduan, pembayaran dan pemindahan.
DBKL bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengambil satu lagi inisiatif dengan melaksanakan pembayaran kompaun trafik menggunakan telefon pintar yang dikenali sebagai myPAY DBKL.
āSebagai agensi yang disokong kelancaran dan kesempurnaan, sememangnya DBKL perlu berusaha memudahkan orang ramai membuat pembayaran.
āKita perlu memperbaiki sistem cara untuk memastikan penerimaan pembayaran, jadi aplikasi telefon pintar, seperti myPAY DBKL ini amat berguna,ā kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Phesal Talib dalam ucapannya sewaktu pelancaran inisiatif tersebut pada Selasa.
Beliau berkata pelaksanaan sistem e-Perolehan DBKL pula memenuhi dasar kerajaan dalam menggalakkan kaedah āonlineā dan mesra pelanggan.
Menurut Phesal, melalui kaedah itu DBKL mampu menjual dokumen secara atas talian bagi memudahkan urusan dengan orang ramai.
Sementara itu, sistem āKL Caresā pula merupakan aplikasi menguruskan aduan pengguna.
Aplikasi KL Cares sudah boleh dimuat turun menerusi telefon pintar dan e-PerolehanĀ dijangkakan boleh dimuat turun pada 1 September 2015, manakala myPAY DBKL boleh mula digunakan pada 7 Julai 2015.