Skip to main content
HomeViral

TNB: Jangan Tertipu Dengan Penipuan Melalui E-mel (Lagi)

By 8 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Malaysiaaktif) – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan e-mel yang mendakwa kononnya dikirim oleh TNB.

E-mel yang pernah tersebar tahun lalu dan diedarkan semual tahun ini, memaklumkan bahawa penerima telah berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM 150, 000.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menawarkan wang tunai tunai tersebut seperti yang dinyatakan dalam e-mel palsu berkenaan.

“E-mel sebegini bukanlah yang pertama kali mendapat perhatian TNB. Aduan telah pun dibuat untuk tindakan lanjut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)”

“Ia merupakan penipuan e-mel yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi.”

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak melayan e-mel berkenaan dan tidak mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak dikenali.

“Semua komunikasi melalui e-mel oleh TNB dibuat menggunakan alamat e-mel syarikat dan tidak menggunakan alamat e-mel seperti Gmail, Yahoo, Hotmail, Outlook.my dan sebagainya,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TNB Careline di 1 300 88 5454 atau di laman Facebook TNB Careline.

 

Tinggalkan komen anda