
Oleh Herman Hamid dan Syed Fauzi Syd Mostapa
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Malaysiaaktif) – Seramai 22,320 jemaah haji bakal diterbangkan ke Mekah sepanjang musim Haji 2015. Penerbangan pertama berlepas pada 16 Ogos 2015 ini sementara penerbangan akhir 16 September ini.
Menurut Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pihaknya telah memohon kuota tambahan seramai 10,000 jemaah dari Arab Saudi, dan keutamaan pastinya diberikan kepada mereka yang berusia 75 tahun ke atas.
Tambahan beliau, Masjidil Haram yang masih dalam proses baik pulih dijangka siap sepenuhnya pada 2016. Kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan kereta api baharu bagi melancarkan perjalanan jemaah haji.
Beliau yang berucap di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan TH kelmarin.