
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Malaysiaaktif) –Kisah seorang bapa bersama tiga orang anak lelakinya yang pulang ke kampung menaiki motosikal dari Sepang ke Pulau Pinang untuk menyambut perayaan Aidilfitri menjadi viral kerana begitu menyentuh perasaan.
Kisah yang tersebar sejak seminggu lalu, menarik perhatian ramai terutama di laman Facebook.
Sejak mula dipostkan, ramai pengguna Facebook mengikuti perkembangannya di sepanjang perjalanan di Lebuhraya PLUS.
Ada yang berhenti bertanya khabar seperti yang dilakukan pengguna FB Hazrul Elina
Pengguna Synz Gear mahu memberi Proton Iswaranya kepada keluarga bermotosikal ini.
Kampaina Kampaigok mencadangkan agar pengguna Facebook memberi sumbangan RM1 setiap seorang bagi memenuhi keperluan bapa itu untuk membeli sebuah kereta .
Ezwan Shah sempat bertemu mereka di kawasan rehat Gunung Semanggol . Menurutnya keluarga ini amat peramah dan cukup mesra.
Pengguna FB Ritz Maleficent yang terserempak dengan mereka di Stesen Minyak mendoakan kesejahteraan mereka.
Menerusi media sosial, ramai yang tampil untuk memberi pelbagai sumbangan kepada keluarga ini.