Skip to main content
Home

PM : Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

By 1 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Malaysiaaktif) — Tanggungjawab memelihara keselamatan bukan sahaja tanggungjawab pemimpin tetapi kerjasama seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menekankan bahawa setiap rakyat memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan keharmonian negara.

Sehubungan ini, beliau berkata kerajaan turut mengambil pelbagai inisiatif menerusi Dasar Transformasi Negara bagi memastikan keselamatan rakyat terus terjamin.

“Dasar transformasi negara kita lakukan, kita letakkan mengurangkan jenayah itu ini salah satu daripada keutamaan, maka kadar jenayah selama dua tahun ini berkurang sebanyak 40% termasuk pencurian kereta, kurang daripada 20 peratus … kalau siapa tak percaya boleh tanya syarikat insurans, kita boleh sahkan bahawa itu sebenarnya angka yang sahih,’kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia PDRM di  Pusat Latihan Polis KL Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk  Seri Ahmad Zaid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut hadir.

Tinggalkan komen anda