Skip to main content
HomeViral

Inisitiaf Mulia Fabrikasih Untuk Anak Yatim Sambut Aidil Fitri

By 1 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Muhammad Fauzi bin Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Malaysiaaktif) – Sebanyak 120 pasang baju raya akan disumbangkan kepada anak-anak yatim dan golongan miskin sekitar Selangor dan Kuala Lumpur menerusi projek ‘Fabrikasih’ kerjasama iM4U dan GIATMARA pada 8 Julai nanti.

Menurut Ketua Pegawai Operasi iM4U, Rudi Malik, sebanyak RM60 diperuntukkan bagi sepasang baju. Projek ini berkonsepkan bajet rendah namun mampu memberikan impak yang besar.

 

IMG_8296

GIATMARA menggunakan kemahiran pelajar fesyen untuk menjahit pakaian. FOTO: Syed Fauzi.

 

Pendekatan program ini menyaksikan iM4U membekalkan kain dan bahan jahitan bernilai RM7000 manakala GIATMARA menggunakan kemahiran pelajar fesyen yang sedia ada untuk menjahit pakaian tersebut. Pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan, bertindak sebagai mentor

Projek Fabrikasih ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di GIATMARA Bandar Tun Razak petang kelmarin.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GIATMARA Datuk Mohd Rosdi Ismail dan Pengerusi Exco iM4U Datuk Seri Farid Ridzuan.

 

IMG_8293

‘Fabrikasih’ menyumbang pakaian raya untuk anak yatim dan golongan miskin di Kuala Lumpur dan Selangor. Foto: Syed Fauzi.

IMG_8302

Foto: Syed Fauzi

Tinggalkan komen anda