
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Malaysiaaktif) – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat dakwaan penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya ini akan menjalankan siasatan penuh berkaitan dakwaan itu
“Saya telah mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengumpul maklumat dan menyiasat penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.
“Kita akan lihat dari segi perundangan dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka ini sekiranya ia benar (wujud),” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan wujudnya bancuhan perisa rokok elektronik yang menggunakan ganja sebagai bahan utama.