
Oleh Siti Fairuz Ngatenan (Miri)
MIRI, 11 Julai (Malaysiaaktif) – Wartawan Malaysiaaktif di Miri ketika berlaku hujan ribut di bandar itu kelmarin menceritakan tentang detik-detik cemas.
Walaupun tiada kemalangan nyawa dilaporkan, namun angin kuat menyebabkan kerosakan kanopi penjaja bazaar Ramadhan di kawasan berhampiran lapangan terbang Miri.
Kesan paling serius dialami apabila pintu sebuah pesawat MaSwings terbuka ketika sedang mendarat selepas hujan ribut.
Di luar pesisir pantai Miri pula, laut bergelora menyebabkan alun membadai teruk pelantar minyak.
Wartawan Malaysiaaktif juga memaklumkan bahawa kebanyakan foto yang dimuat naik dalam media sosial mengenai hujan ribut di Miri bukannya diambil di Miri, tetapi di lokasi lain serata Malaysia.