Skip to main content
HomeViral

45 Ribu Bendera Untuk Kempen Kibar Jalur Gemilang DBKL 2015

By 20 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 45, 000 bendera pelbagai saiz telah diedarkan kepada semua jabatan dalaman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pemasangan di bangunan dan premis DBKL sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang DBKL 2015.

Langkah awal telah diambil DBKL untuk memasang Jalur Gemilang di jalan-jalan sekitar Bandaraya, bangunan milik DBKL, perumahan awam dan PPR DBKL.

Kempen Peringkat DBKL dilancarkan oleh  Pengarah Eksekutif DBKL, Datuk Normah Malik di Ruang Legar Menara DBKL awal petang tadi.

 

kibar2

 

Beliau menyeru agar 1.7 juta warga kota memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

Menurut beliau, aktiviti ini dapat menterjemahkan penghayatan warga kota terhadap erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Di majlis itu,  Normah mengedarkan 450 Jalur Gemilang kepada 45 penerima mewakili agensi kerajaan, swasta dan agensi bukan kerajaan.

Seorang penerima, Cikgu Nazree Ashari yang mengajar di SK Wangsa Maju Seksyen 1 berkata, pemberian Jalur Gemilang oleh DBKL ini merupakan satu inisiatif murni bagi memupuk semangat cinta negara dalam kalangan pelajar.

 

kibar3

 

Tambahnya, pihak sekolah akan menggunakan Jalur Gemilang ini untuk memeriahkan majlis kemuncak yang akan diadakan pada 28 Ogos nanti.

Beliau berkata, selain kibaran Jalur Gemilang, perarakan kereta buatan Malaysia dan drama patriotik, pihak sekolah juga akan melepaskan sepasang burung merpati sebagai simbol kebebasan.

Normah kemudian memasang Jalur Gemilang di 13 buah kenderaan rasmi DBKL.

Turut menerima Jalur Gemilang bersaiz 3 x 6 , termasuk 100 orang pengusaha premis di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tinggalkan komen anda