Skip to main content
HomeViral

Bulan Kebangsaan 2015 Terengganu Dilancarkan

By 20 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Shuhaimi Ahmad

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos (Malaysiaaktif) –  Lebih 3,000 orang hadir di pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan 2015 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Terengganu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Aman itu dilancarkan oleh Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong.

Persembahan pantomim ‘SehatiSejiwa’ dipersembahkan oleh artis dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu.

 

ter2

Kenderaan dihiaskan sebelum menyertai konvoi Kembara Jalur Gemilang. Foto: Shuhaimi Ahmad.

 

Mohd Zuber kemudian menyampaikan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan secara simbolik.

Ini disusuli perarakan Jalur Gemilang oleh anggota dari Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diiringi seramai 58 anggota Rejimen 18 Askar Melayu Diraja Kem Seberang Takir. Jalur Gemilang kemudian dikibarkan oleh anggota TLDM.

Zuber turut melepaskan konvoi Kembara Jalur Gemilang Jabatan Penerangan Negeri Terengganu yang disertai oleh 40 buah kenderaan Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Pertahanan Awam, dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Terengganu.

 

ter8

Sebahagian kenderaan dalam konvoi Kembara Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan 2015 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu / Foto: Shuhaimi Ahmad.

 

Turut mengambil bahagian, Kelab Kereta Gen2, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia dan motosikal dari Kelab Media Bikers Kelab Wartawan Terengganu.

Konvoi mengelilingi bandar Kuala Terengganu sejauh 10 kilometer sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Selain bandar Kuala Terengganu konvoi Kembara Jalur Gemilang juga menjelajah ke tujuh daerah lain untuk bersama penduduk setempat memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk pidato kenegaraan, agihan Jalur Gemilang dan penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Kembara Jalur Gemilang akan berakhir di Besut pada 12 September 2015.

 

ter4

Peserta mengibarkan Jalur Gemilang di pelancaran Bulan Kebangsaan 2015 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu / Foto Shuhaimi Ahmad

Tinggalkan komen anda