Skip to main content
HomeViral

Arca, Lukisan Tarikan Pelancongan Dirosakkan

By 20 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Prakash Ulanghandran & Mohd. Zihan Zari

GEORGETOWN, 20 Ogos 2015 (Malaysiaaktif) –Beberapa buah arca dan lukisan tarikan pelancongan pada dinding di sekitar Lebuh Armenian di sini diconteng malam tadi.

Perkara itu disedari orang ramai pada kira-kira pukul 3 pagi apabila mendapati beberapa buah arca dan lukisan pada dinding diconteng menggunakan cat semburan dengan meninggalkan grafiti “#4.0”.

Kejadian yang juga membabitkan pintu premis dan sekurang-kurangnya sebuah kereta itu telah menaikkan kemarahan orang ramai termasuk pelancong.

 

20150820021457

 

Sebanyak lima lokasi pelancongan menjadi sasaran vandalisme itu, dan hasil rakaman kamera litar tertutup mendapati ia dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga orang remaja yang masih belum dikenal pasti.

Kejadian sedang disiasat oleh Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Walaupun tidak kurang ramai yang menuding kejadian tersebut sebagai angkara politik, namun perkara itu belum dipastikan kerana identiti pihak yang melakukannya masih belum diketahui.

Beberapa orang peniaga di kawasan terbabit menyuarakan rasa kecewa kerana bimbang kejadian vandalisme itu boleh menjejaskan perniagaan mereka, memandangkan lukisan dan arca berkenaan sudah agak sekian lama menjadi tarikan pelancongan di Georgetown.

Pelancong yang mengunjungi lokasi itu untuk bergambar juga rasa terkilan kerana terpaksa bergambar berlatar belakangkan  lukisan dan arca yang diconteng.

 

Tinggalkan komen anda