
JAKARTA, 16 Ogos — Datuk Lee Chong Wei tunduk 14-21 kepada Chen Long pada set pertama final perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia, di sini, yang berakhir sebentar tadi. Sandaran utama negara itu tewas dalam tempoh 26 minit kepada penyandang juara dan pemain nombor satu dunia itu. Permainan set kedua sedang berlangsung.
— BH