Skip to main content
HomeViral

Penyaram Sarawak Enak Dinikmati Dengan Kopi atau Teh

By 16 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Abang Sardon (Sarawak)

Di Pasar Minggu Kubah Ria, Kuching terdapat sebuah gerai yang menjual Kuih Penyaram, sejenis kuih tradisional Melayu Sarawak yang popular apatah lagi masih panas baru keluar daripada kuali.

Kuih Peyaram yang dijual dengan harga RM1 untuk tiga keping sedap dimakan bersama kopi”o” tau teh”o” panas di waktu pagi atau sewaktu minum petang.

Pasar Minggu di Kubah Ria Kuching yang dibuka setiap Sabtu dan Ahad menjadi tumpuan ramai untuk membeli pelbagai produk termasuk hasil hutan yang menarik dengan harga berpatutan.

Tinggalkan komen anda