Skip to main content
HomeViral

Bilik Gerakan Tangani Emosi Waris MH370 Dibuka

By 7 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Susulan pengumuman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkaitan MH370, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil inisiatif membuka bilik gerakan bagi memberi sokongan kepada waris penumpang pesawat itu.

Bilik gerakan tersebut menempatkan 20 pegawai psikologi yang berperanan memberi sokongan emosi, psikologi dan moral.

“Memang kami telah membuat beberapa persiapan sebab kemungkinan dapat sedikit sebanyak daripada Reunion Island, kami dah bawa pengawai-pegawai saya berbincang untuk membuat persiapan” kata Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada sidang di Kuala Lumpur hari ini.

“Kita ingin memaklumkan bahawa kita telah activate bilik gerakan untuk 24 jam khusus untuk menerima apa-apa panggilan daripada waris”

“Bilik gerakan mula semalam dan talian kasih 15999, kaunselor saya akan ditugaskan 24 jam sehari untuk menerima sebarang pertanyaan daripada waris.”

Beliau menjangkakan lebih ramai waris akan tampil untuk meluahkan perasaan mereka

“ Hari pertama memang tiada langsung, but later they will start calling up and sebagainya”

“Kami akan membantu apa yang diperlukan” katanya lagi

Sebelum ini, Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah sah milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Tinggalkan komen anda