Skip to main content
HomeViral

KP Tourism Malaysia Lega Bebas Tuduhan Pecah Amanah

By 7 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan membebaskan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg daripada tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM888,000.

Pada Jumaat, Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.

Mirza, 57, berkata beliau lega dan gembira dengan keputusan mahkamah itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Che Mohamad Zulkifly Jusoh memutuskan pada 17 Mei 2012 bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mirza dan membebaskannya tanpa dipanggil untuk membela diri.

Tinggalkan komen anda