
Oleh Syed Hisham Shah
PUTRAJAYA, 07 Ogos – Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan ada tindakan lanjut dikenakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipanggil untuk memberi keterangan sejak minggu lalu.
Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tindakan PDRM memanggil beberapa pegawai SPRM itu hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung kebocoran maklumat dan dokumen siasatan yang disebarkan di media sosial.
“Tiada sebarang penahanan dilakukan, mereka sekadar dipanggil untuk diambil keterangan. Sekiranya ada penahanan selepas ini, ia melibatkan prosedur yang ada.” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.