Skip to main content
HomeViral

Dakwaan Portal Maria Chin Ditahan Tidak Benar – Polis

By 31 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Polis menyangkal dakwaan ketua Bersih 2.0 yang  juga aktivis, Maria Chin Abdullah ditahan selepas perhimpunan Bersih 4 tamat.

Sebuah portal berita mendakwa pemimpin Bersih itu ditahan pada pukul 12.40 pagi Isnin untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tanjuddin Md Isa menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.

“Kami tidak menahan Maria. Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat maklumat itu,” katanya.

Tajuddin juga menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan laporan yang tidak disahkan bagi mengelak sebarang provokasi.

Tinggalkan komen anda