Skip to main content
HomeViral

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tolak Permohonan Bersih 4.0

By 18 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan BERSIH 4.0 untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

Datuk Bandar, Datuk Amin Nordin menegaskan bahawa tarikh tersebut akan digunakan untuk kerja-kerja persediaan sempena perarakan hari merdeka di dataran berkenaan.

“Saya beritahu mereka Dataran Merdeka akan digunakan untuk persiapan dan raptai”

“Manakala Padang Merbuk pula akan digunakan oleh pasukan tentera untuk kerja-kerja logistik mereka juga untuk perarakan itu.”

Penggunaan Dataran Merdeka juga telah dikhususkan khas untuk acara DBKL dan acara kebangsaan seterusnya menyebabkan ia tidak relevan jika DBKL membenarkan program lain diadakan.

Pihaknya juga telah mencadangkan perhimpunan BERSIH itu diadakan seminggu selepas sambutan hari kebangsaan bagi mengelakkan sebarang kekecohan dan kesesakan pada hari tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi peringatan kepada penganjur Bersih agar menggunakan lokasi yang betul untuk membuat demonstrasi jalanan.

 

 

Tinggalkan komen anda